2.11.04

>_<

ok.

hari ni pilihanraya amerika. ah ada orang mungkin bertanya-tanya, apasal saya ni macam terpinga-pinga pasal hal benda lain negeri orang.

pasal tahun lalu gahmen singapura ni nak eksyen pandai sikit. diaorang ni ada tandatangani memorandum persefahaman dengan pemerintah amerika untuk menterai perdagangan 'percuma' antara singapura dan amerika. panjang benor. jadi pasal ni benda dah dijalankan, segala perkembangan yang berlaku di amerika akan menjejas keadaan disini.

sampaikan ada orang berjenaka singapura ini sudah bagaikan negeri yang ke-51 di bawah naungan amerika.

jadi sudah pastilah saya akan berharap pemimpin yang akan memimpin negara itu untuk 4 tahun akan datang adalah seseorang yang berwibawa. ramai orang disini, terutama sekali daripada golongan melayu/muslim, pasti akan berasa hinis jikalau bush memenangi pilihanraya ini. ini disebabkan oleh tindakkan beliau akan peperangan dan membuat keputusan dengan kepuasan sendiri.

tetapi apa yang saya menyaksikan, bush ataupun kerry, dua dua pasti ada ideologi mereka sendiri. amerika sebagai amerika tetap ingin menegakkan ego mereka di dunia ini. jikalau mereka ingin mendapatkan kerry sebagai pemimpin baru, kerana beliau bukan seperti bush, ini adalah alasan yang tidak memuaskan. rakyat tidak boleh menolak perhatian kepada seseorang yang baru hanya kerana mereka tidak suka pihak yang lain. demokrat dan republican, kedua duanya mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk membuatkan amerika sebagai kuasa yang paling disegani. jadi walaupun pucuk pimpanan akan bertukar ganti, saya tidak fikir ketegangan yang sering berlaku di timur tengah akan berubah, kerana amerika akan tetap menolong israel.

pada pendapat saya, bush akan memenangi pilihanraya ini. alasannye senang sahaja - george bush. bapa bush adalah ahli politik yang kuat dan beliau ada sokongan dari kongress untuk membuat keuputusan muktamad. barangkali ini tidak adil untuk kerry. tetapi ahli demokrat harus menyalahkan diri mereka sendiri kerana pada mulanya kempen ini bermula, ahli parti bertegang sesama sendiri untuk mendapatkan calon mereka kerry/john edwards/howard dean sebagai calon utama.jikalau parti sendiri tidak akan mmberi sokongan penuh, siapa lagi yang akan memberinya?

+++

saya membaca laporan di akhbar tentang kejadian pembunuhan budak perompuan itu. nampaknya peristiwa ini telah dibagi keutamaan semua nedia di singapura.

walaupun saya bersimpati di atas insiden ini, saya tetap berasa musykil akan reaksi media terhadap perkara ini. saya bertanyakkan diri, mungkinkah insiden ini akan dilaporkan secara besar besaran jikalau mangsanya adalah seorang bangla dan bukan budak kecil yang raut wajahnya yang comel dicetakkan di semua ruangan media?

oh, tidaklah saya berfikir.

mengapa yea? mereka yang tidak mempunyai raut wajah yang comel tidak berhak dibagi keprihatinan seluas ini?

cuba pembaca anggarkan.

ataupun mungkin pihak penerbit dari studio mediacorp telah mendapat inspirasi untuk membuat drama khas akan peristiwa ini. true files lah yea nak dikatakan.

dah tu ajer.

No comments: