saya hairan.
musykil. dan terkejut.
hadirin nak tau apasal?
ok begini. saya nye komputer ni selang beberapa hari ni dah sot ke dot. hard disk dia dah tak bleh detec dia nye c: lah, anti virus sumer dia auto shut down lah, skrin alih alih tutup sendiri lah. nak kirakan macam macam lah. macam bleh ditafsirkan ni benda nak kelepup temu ajal dia.
jadi saya pun dalam hati bercakap sendiri, "hai komputer, agaknyer habislah kehidupan ko ni. camni aku kena let go kan ko dan cari pasangan yang baru."
jadi selang beberapa hari ni, saya pun gi skan ah sumer kedai komputer. jalan ke sana jalan kesini, otak berkeliruan. "yang mana satu ni idaman kalbu?" setelah berfikiran lama, akhirnya saya tinggalkan kepada dua pilihan. a) ibook ataupun b) pc pasang siap dari kedai fuwell.
jadi pada hari semalam saya pun pergi lah ke kedai apple. i tell u bila i masuk tuh kedai rasa dah macam dalam kayangan. macam terlalu terharu dibuatnya. jadi saya pun cubalah test run itu ibook. alahai dondang sayang...dia nye werks to the mother buatkan hati i macam feeling tak terkira. picit nye picit, test nye test sampai tak tersadar bila saya tengok jam dah pukul 715pm. ya rabbi. adake patut. pasal ni benda, buka pun terlupa. saya pun beredar lah dari situ.
selepas testing tu ibook, i pun bertanyakan lah si abang big red tu tentang pendapat yang mana satukah harus dibeli. dia pun selak ah dia nye jari..pap pup pap pup..saya pun rasa lebih muai ah kalu saya beli apa yang direkomendisasikan.
panjang benar eh itu citer? tapi dia masih belom selesai.
jadi setelah citer testing pc dah bis, kena pulak gi ke bahagian dua. ini bahagian bila part anak akan alih alih jadi baik kat BAPAK dia. jadi saya pun terangkan lah kat dia,
"bah, pc dah kaputs." dengan nada sedih.
"berapa ko nak??" dia tegur.
"$*&@*@*@" saya ujar balik.
"bila ko nak??" dia mengulas.
"besok bah." saya menjawab.
jadi tibalah esok harinya yang menjadi hari ini. dia pun masuk lah ke bilik saya.
"nah, ni duit dia." kelepap dia letak duit tu kat atas meja yang baru dibersihkan ini dan dah takde lipas sot dot.
saya pun duduk lah kat meja tuh. entah apasal si pc ni macam memanggil saya untuk cuba skali lagi.
"peep!" saya pun terkejut. apa ni mak laun nak pulak. tekan nye tekan, picit nye picit, godeh nye godeh, sekali YA RABBI, dia berjalan balik KAPER.
punyerlah terkejut. u noe terkejut macam ternampak benda ghaib? itu part i tell you, semua otak macam kenyut. apa ni benda? ada nyawa sendiri ke?
saya pun cuba berfikir balik mengapa ni benda alih alih bleh jalan. fikir sana fikir sini, last last saya ternampak duit tuh. itu part ah yang otak bergeliga ni berfungsi dengan ke sot dotannya.
"ini pc makan rasuah ke? letak duit trus bleh jalan.."
kawan saya cakap ini pc mungkin berhantu. itu duit mungkin ada ilmu. isyk tu dah syirik sak. eeek, ada ke hantu pc? seram sak dibuatnya.
ah sekarang ni saya dibuai dilemma. apa yang patut dibuat? ni saat sekarang ni saya ngah tenung kat ni benda. apa mak laun yang dia nak sak..
dah tu ajer.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment