ULASAN RAPAT UMUM 2003
Bahawasanya, PM Goh telah membentangkan isu-isu yang akan menjadi keberatan kepada rakyat umum untuk masa hadapan. Dua isu berat telah dibentangkan. Mari gua ulaskan.
1. Perubahan sistem CPF
CPF akan disusun semula, termasuk kadar caruman lebih rendah, untuk memotong kos gaji. Apakah kebenaran berikut? Untuk memberi pertolongan kepada bisnes ataupun pertolongan untuk golongan rakyat SIngapura maklum?
Jikalau pembaca tidak memahami apakah kesan yang akan dialami, biarkanlah gua terangkan:
Pada masa sekarang, boss lu tiap-tiap bulan letak kepada dana CPF lu sebanyak 16% daripada gaji lu. kalo lu tak caya, lu tengok lu nya CPF slip. lu masukkan yang 20% sebahagiannya. skarang ni pemerintah nak potong itu kadar boss lu sehingga 10%. ini mungkin tidak banyak, tapi kalo lu kira sampai lu mampos kat kerja tu bila lu nya umur jejak 62 tahun, lu akan rugi sekurang-kurang nyer $60,000 dalam dana CPF lu. jadi, bagaimana lu mau enjoy lu nya masa bila dah tua kerepot? lu skarang, kalau berjimat, kena letak banyak lagi lu nya "disposable cash" dalam simpanan masing2. tak sial macam tu? jikalau tidak, habislah duit lu. gua bilang lu, kita semua dah hilang arah dalam pembangunan negara ni. semua akan ditoleransi oleh mereka sahaja.
2. PM Goh sahkan DPM Lee jadi pengganti
Ah, ni gua tak tahu apa nak cakap. ada baiknya, ada buruknya. mari kita imbas apa akan keburukkannya.
Pertama, ini negara dah jadi macam dinasti keluarga dia. jikalau dia amik tu tempat, kebanyakkan ahli kaum keluarga dia sedang mempopolori semua badan-badan penting di dalam negara ini. ini dah macam geng. lu orang rakyat biasa dah macam budak-budak kecik, mereka dah macam bapak dan maklu semua pasal diaorang pegang semua. tak rasa macam kena buli?
apakah kebaikkannya?
harap-harap harga rumah gua naik, pasal siditu gua nya Ahli Parlimen Kawasanundi gua lah. ;)
ok sebelum gua membebel lagi, gua lebih baik berhenti. selamatz.
No comments:
Post a Comment