19.8.03

ok begini..

gua kesian tengok bapak gua. ini semua gara-gara si dol tu membuat keputusan CPF tu. siang hari dia dah kena gi kerja. hujung minggu pun dah kena gi kerja. umur dia dah lanjut, tapi pasal keadaan begini dia kena kerja lagi keras. untuk apa? untuk melunaskan wang rumah yang gua nya keluarga ngah tinggal.

gua tengok ke hadapan, gua pun risau akan masa hadapan gua. macam mana gua mau tanggung semua ni? seperti si abang mas berkata, kita tinggal di negara "1st World" tapi gaji masih di dalam pertingkaran dunia ketiga. macam mana kita mahu hidup seperti begini? adakah pemerintah gembira tengok gua hidup di dalam keadaan sederhana sahaja, tanpa peluang untuk membangun diri sendiri? gua sudah berkira, dengan keadaan sekarang, gua paling mampu boleh beli rumah 3 bilik sajer, sedangkan para-para pekerja luar negeri diberi perhatian utama. ini yang membuat gua fedup, pasal diaorang ada tanggapan bahawa kalau lu nya muka ada macam orang putih, ataupun lu cakap macam orang putih, hidup lu makin senang. kita yang bercakap macam orang biasa tidak diberi perhatian pun. ye, pemerintah dah cakap yang diaorang dah bagi pertolongan secukup sedaya untuk menolong, eperti itu ERS dan SRS dan apa-apa S lagi. tapi buat apa? lu bagi gua tu duit sebanyak $1600, lu fikir gua bleh hidup?

gua memang akur bahawa sekarang ngah zaman susah. pemotongan CPF itu khas untuk syarikat-syarikat berteguh untuk menanggungi kos. tapi jikalau pemerintah ingin berbuat demikian, tidakkah wajib jikalau mereka mengurangkan kos perubatan perumahan, perkhidmatan transpot, pendidikan, dan bermacam2 lagi? apakah tanggung jawab mereka? untuk menolong rakyat sederhana seperti gua, ataupun untuk menguntungkan mereka? jikalau begitu, mengapa pemerintah singapura ingin benar2 sangat membeli global crossing sebanyak separuh billion dolar sedangkan rakyatnya sendiri sedang merana? apa telah terjadi kepada industri di bangolore dan suzhou? jikalau tidak difikirkan, adakah duit untuk membangunkan itu tempat semua adalah daripada duit cukai rakyat singapura sendiri?

cuba lu orang berfikir apakah mereka sedang buat.

jikalau ini berlarutan, rakyat singapura biasa, lebih baik keluar negeri, kerana yang sederhana tidak akan difikirkan lanjut.

No comments: