Kemat: hoi kawan kawan Rahim boss kita datang daa Shariff Ali Madji Omar
Boss: apa khabar anak anak?
Semua: baik Encik
Boss: ah nampaknya perniagaan kita semakin maju
Shariff: ya Encik, tapi kita banyak kekurangan sampan Encik
Boss: sampan kalau kita bikin rakit bukankah itu lebih baik?
Shariff: baik Encik… eh sampan datang… sampan datang
Kemat: Rafii beratur, beratur beratur tepi daa beratur… lekas lekas lekas
Boss: kenapa dia orang terlompat lompat macam kera kena belacan Shariff?
Shariff: kerana kekurangan sampan Encik
Boss: oh… baik malam ini kau datang ke rumah aku beri wang beli sampan tiga… cukup?
Shariff: cukup Encik
Boss: kalau tak cukup lagi tiga puluh aku boleh beli
Kemat: Cik
Sharif: silakan Encik…hoi orang tua nanti dulu lah tak sabar ya?
Mustar: aku mahu naik
Shariff: eh dengar ya kalau ni orang naik lain orang satu orang pun tak boleh naik ngerti?
Mustar: apa pasal yang aku tak boleh naik?
Boss: pasal kau tak boleh naik ini sampan aku yang punya… kalau aku naik ini sampan aku tidak mahu lain
orang naik
Mustar: ah… aku mahu naik jugak
Boss: eh Shariff, kau lemparkan orang tua ni ke laut
Shariff: Omar! Ibrahim! campakkan ini orang kedalam laut
Omar Ibrahim: keluar keluar
Boss: siapa orang tua keparat itu?
Shariff: orang tua ini selalu menyibuk saja Encik
Boss: dia belum kenal aku ya
Rahim: apa tengok
Mustar: oh mentang mentang aku orang miskin kau tolakkan ya kau semua pengampu pengapu orang kaya
Boss: tengok… dia menghinakan aku Shariff tutupkan mulut orang tua itu
Shariff: Kemat! Rafii! tutupkan mulut orang tua itu
Rahim: lalu lalu lalu apa tengok apa tengok
Boss: biar dia mampus… tua kutuk tak sedar diri biar dia rasa
Madji: dia tak kenal lonceng daa
Ahmad: biarkan dia mampus daa
Ali: salah tempat mahu tunjuk samseng… ha ha ha
No comments:
Post a Comment