29.5.03

ok ni dialog dari pendekar bujang lapok.



Boss: hmm

Mustar: apa kau mahu datang di sini

Boss: nak mintak ganti rugi

Mustar: rugi apa

Boss: hm

Ramlee: oh emas ya?

Boss: emas… sebuah sampan hilang seratus ringgit dua buah sampan hanyut dua ratus ringgit duit sewa sampan hilang tiga ratus ringgit beli ubat ubat orang pengsan lima puluh ringgit lima puluh sen beli ubat lapan orang pekak pekak tujuh puluh ringgit tujuh puluh satu sen jumlah semua tujuh ratus dua puluh empat ringgit tujuh puluh satu sen di minta bayar sekarang jugak

Ramlee: satu sen pun kami tak mahu bayar apa nak jadi jadi

Boss: kalau tak mahu bayar aku kasi tahu penghulu

Aziz: penghulu tak boleh datang

Boss: kenapa tak boleh datang

Aziz: pasal semalam dia makan julam ini hari dia berak berak

Boss: baik aku kasi tahu polis

Sudin: polis pun tak boleh datang

Boss: kenapa tak boleh datang

Sudin: semalam dia jatuh tergelincir masuk dalam sungai seluarnya semuanya sudah hantar dobi

Boss: polis sama penghulu tak boleh datang aku tunggu disini jugak… kita semua uduk disini

Samseng: baik encik

Boss: korang ada bawak sireh atau tak

Samseng: tak ade encik

Boss: kepala otak kau

Ros: pak jangan bayar pak, mereka semuanya penjahat di pengambang

Boss: siapa perempuan ini masuk campur

Mustar: anak aku… kenapa

Boss: hmm… cantik… baiklah hutang boleh selesai aku jadi menantu kau ya pak

Ros: tak ingin tua tak sedar diri, banyak cantik muka kau

Boss: sekarang tak cantik nanti aku balik dulu baru pakai bedak banyak banyak baru tau

Ramlee: pakcik saya habiskan dia orang pakcik

Mustar: habiskan Ramlee

Ramlee: amacam langkahnya

Mustar: sumbang

Ramlee: jadi amacam pakcik

Mustar: hmm hentam sajalah

Ramlee: hentam sajalah

Boss: tak apa tak apa nanti korang terima pembalasan

Aziz: ai… hei jangan korang nak tunjuk samsenglah mahu lawan marilah

Boss: sudah mari balik

Aziz: aduh.. pakcik dia orang lempar batu pakcik

Mustar: kenapa kau tak elak

Aziz: macam mana saya nak elak elak campak batu pakcik belum ajar

No comments: