gua paling happy bila hari jumaat. dari dulu sampai skarang. dulu bila zaman sekolah rendah, gua ngan members semua lepas sekolah gi main bola kat bawah blok dekat sekolah. maklumlah masih kecik kecik lagi, jadi semua tak heran nak gi masjid. gerek, ngah main bola, ada ni apek jual makanan2 ringan. gua suka itu air batu meleysia. kadang kadang itu apek jual itu gula keras. power kedemak. abih, kalo, ada satu kali, kita datang musim tamiya. kat blok tu ada satu ni longkang kecik. kita orang tarak track biasa untuk race, jadi kita letak kereta tu race kat longkang tu. gerek gua bilang lu.
bila dah tua sikit time sekolah menengah, gua ngan members baru sedar sikit, jadi gi masjid. mula mula pasal malas nak jalan jauh jauh, gua gi itu masjid kat Pusara Bidadari. lawa itu masjid. kalo nak balik sekolah, kita short cut, tembus itu kubur. kat blakang skali kubur tu ada pagar untuk keluar. sbelah dia ada rumah. tapi tarak orang tinggal. gua fikir siapa nya giler nak tinggal kat situ. sbelah itu rumah ada ni patung buddha. besar saks itu patung.
bila dah menengah tinggi sikit time bleh pakai seluar panjang, kita orang gi masjid kat itu upper seranggon road. gua dah lups itu nama, masjid khalid agaknya. lepas tu kita gi ni shopping center kat sana, gi main game street fighter. gua masih ingat itu time mana mana gua pergi itu lagu duran duran lagu ordinary world hot betul. jadi asik asik dengar itu lagu. sampai skarang kalo gua terdengar itu lagu, gua asik terkenang bila gi tempat tu nak main game.
bila time poly, wah gaya sikit. ada jugak cerita nak gua bilang, tapi gua rasa mungkin di hadapan masa.
skarang slalu masa gua gi masjid hari jumaat, gua tertengok tengok itu budak budak ngan uniform gi masjid. wahsey, besh sungguh kalo masih di zaman tu. memory beb, memory.
k beb...gua rasa nanti gua cerita lagi pasal cerita lama gua. salamz.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment