3.11.05

hari ini, hari itu, hari kemudian..

di raya aku berjalan
bersama ibu, ayah,
berpimpin tangan

ku menziarahi ke rumah mereka
saudara mara, datuk di semerata
singapura

walaupun tidak semeriah seperti dulu
oleh kerana ramai telah pulang ke alam restu,
tetapi tetap disambut, secara meriah,
bersama saudara mara, ayah dan ibu

apa akan terjadi pada masa hadapan,
tidakkan ku tahu,
mungkin kesemua akan berpisah,
mungkin kesemua akan bertelagah
tetapi apa yang akan terjadi,
ku akan tetap ingatkan dalam memori
memori menyambut raya,
dari kecil hingga ke dewasa
semua ingatan, ketawaan, persalaman,
akan disimpan untuk diingati
untuk dikongsi, dan dihayati

No comments: