2.7.05

Gua tengok itu perbahasan pasal kaum melayu masih berluluasa. ada cakap tak heppi pasal si ah chua tak adil. ada tak happy pasal orang melayu memang pemalas. ada yang tak heppi pasal sarip selalu tak heppi. memang betol apa yang diaorang tuh semua nye pendapat. ni dunia memang dunia tak heppi. jadi sekarang gua nak bikin orang lain, lagi tak heppi.

gua tak heppi kat orang orang melayu tuh yang macam bagi seruan agama bila bila diaorang nak mempertahankan martabat diaorang. ada yang alih alih keluarkan ayat ayat lah, ada yang alih alih jadi macam imam mana ntah cakap you-tahu-lah. ada yang mengutuk tindakkan kaum lain pasal diaorang tak bagi hormat kat diaorang. kadang-kadang saya baca pun ketawa tak agak-agak tengok ni orang orang yang menganggap diaorang ni macam penyelamat kaum. saya peliklah tengok tindakkan diaorang keluarkan kata kata agama kat kaum kaum lain yang memberitahu diaorang tuh agama ini adalah agama yang benar dan sebagainya. buat benda ni kan macam bagi ceramah kat orang yang tak bleh dengar ataupun mereka yang mabuk hidu gam gred a. apa diaorang nye ideologi sak? lu orang fikir ngan lu orang nye power kedemak nye ceramah pasal agama diaorang akan patuh? mempertahankan sesuatu tuh memang tindakkan yang mulia, tapi kalau dah tembak macam mana pun kat orang yang kalis ditembak kan buangkan peluru ajer? kalau orang tuh dah memang betol degil sial nya orang, lu rilek sudahlah. lu tak terfikirkah, yang ramai penganut disini dilahirkan dengan agama ini dan lantas dibesarkan dengan seruan tuh dan seterusnya kita memasuki dalamnya. lu tak terfikir kah kalau hidup ni ada terjebak lain sikit macam dalam filem back to the future part 2 barangkali lu nya hidup dibesarkan dalam agama yang lain dan ni benda terjadi? mungkinkah lu akan menjadi seperti orang yang mungkin menghina akan agama nih? tuh pasal orang yang slalu gua respek itu orang yang masuk ni agama dengan keikhlasan diri diaorang dengan semuliannya. susah untuk difikirkan kalau kamu dilahirkan dalam agama yang lain tetapi hati dibuka dengan yang lain setelah dibesarkan.

bih tuh ada lagi perbahasan pasal orang melayu sendiri kritik kaum sendiri pasal melayu ni memang pemalas. rilek lah joy! kalau kaum lain cakap kita orang pemalas tuh diaorang nya pasal, tapi kalau kaum sendiri cakap cam ni, gua tak heppi beb. apasal? pasal takde pasal lah tuh sebab. kalau pakcik yang rambut gondrong tuh kat haig road asik duduk jer hari hari kat situ tak buat apa apa biarkan lah dia. gua tak suka beb kaum sendiri cakap cakap camni kat kaum sendiri pasal orang orang melayu ni tak bleh diharap langsung. sikit maju salah, sikit lembab salah, apa yang betol sak? jangan buat nih, jangan buat tuh, patuh kepada agama tapi cuba buat duit lebih jadi kaum lain tak hina, cuba lakukan perkara yang boleh manfaatkan masyarakat tapi gossip pasal mak bedah yang anak dia asik asik masuk drc, tingkatkan taraf pembelajaran kaum melayu tapi jabatan kemasyarakatan amik sapa sapa yang boleh jadi tutor kat anak diaorang, asik asik bandingkan malaysia tidak semaju disini tapi asik gi sana blanja cam nak gila pasal macam macam alasan, nak jadi kaum yang maju tapi masih berdaya fikiran yang tidak liberal. apa nih? semua nak maju, semua nak pandu kehadapan tapi tak pernah gua tengok ramai kaum yang ingin melihat kebelakang. dalam segala kaum yang paling masyur di dunia nih pasti diaorang yang teguh akan kesejarahan diaorang, ilmu pengetahuan mereka terhadap budaya seni dan tradisi mereka. mereka tau siapakah pemimpin mereka yang paling teguh, siapakah penyair termasyur mereka dan sebagainya. siapa diantara ramai orang disini yang boleh berbangga akan diri diaorang sendiri dalam ni kaum?

saya cuma tau rahim maarof sahaja.

5 comments:

Anonymous said...

saripdol, i am one of them, stand guilty as charged. i try to put what i feel into words, yet i feel as you feel, that all these words are still, in essence, hollow. think and talk, but fail to act. macamana huh?

Anonymous said...

Tak guna lu mau argue dgn si ah chong tu.Cakap dia orang aje betul.Ape bangsa dia orang perfek ke?Berak tak cebok..

Anonymous said...

Aduuhhhh!!! Mataku! Along kena beli specs with better degree ni, Sarip! AArrgghh! Along rest jap, PC Along went Kappooot!

Anonymous said...

i finally watched it.
thanks again ok.

Sarip Dol said...

podahman: dari pendapat hang nadim, dia bernasihat podahman pergi hujung tanjung tangkap ikan bagi kat subhas anandan pasal dia pelik asal dia loyar paling bagus.

anonymous: diaorang dah start cebok. serious.

firah: saya selalu step forward dengar lagu def leppard.

along: lain kali pakai cermin mata terbitan tok siam.

darla: finally?! geez.