salam bahagia.
oh tibanya kembali. dan tersenak di hati pabila membaca komentar kerana ulasan diberi dua haluan. tapi itu adalah bagus, kerna
a) ia mendapat responsi dan
b) ada juga sikit publisiti. :S
harap dimaklum, bahawasanya saya, dol, ingin memberi segala pembantuan jikalau boleh jikalau diberikan peluang. tetapi sebagai mat banyak alasan, terbuktilah tiada kesampaian. *checked*
mari kita imbas kembali mengapa reaksi saya tertera sebelumnya, yang ada membuatkan segelintir golongan masyarakat memberi reaksi yang macam-nak-bedal-ni-anak.
winston choo (oh dialah salah satunya bekas pemimpin militri yang mempunyai daya kedudukan yang waras) membuat sidang akhbar minggu lalu telah berterima kasih atas keikhlasan orang ramai atas habuan yang telah diberi. tetapi beliau juga telah memujuk orang ramai supaya jangan terburu-buru membahagikan habuan begituh sahaja dengan alasan masalah logistik dan teknikal yang boleh membangkitkan masalah yang lain pula. apa gunanya pembahagian pakaian dan makanan diberi berpusu-pusu jikalau tiada (pada masa itu) rencana untuk membahagikan dermawan berkenaan. ia cuma mendatangkan kerja yang lebih berat kepada pihak penganjur dan jikalau rancangan tidak dapat dilaksanakan dengan cepat, kesemua titik peluh sukarelawan itu akan dibuang sahaja.
oleh kerana ulasan itu ia telah membuatkan saya berasa tergerak sedikit untuk membuat respon. jikalau orang ramai berpusu pusu ingin menolong dan memberi kepada trajedi ini (tanpa mengetahui kemana dan dimanakah habuan ini akan diberi), mengapa sebelum ini, responsi tidak begituh menggalakkan pabila rangkaian akar umbi untuk agensi sukarelawan di merata singapura ingin mencari habuan? adakah,
a) rakyat singapura hanya bermurah hati dengan satunya pabila udara media menaburkan berita dengan luasnya
b) mereka hanya berkisah kepada peristiwa yang boleh dikatakan dapat menangkap 'headlines.'
seperti yang direncanakan oleh rancangan get real pada pertengahan tahun lalu, diana ser (mmmmmmmmmmmmmmmmmm) ingin mendapat keterangan mengapa rakyat singapura jelata hanya mengulur bantuan setelah media meresapi minda kesemuanya dan tidak memberi kisah pabila majoriti tidak mengetahui? cuab andaikan, mungkinkah rakyat akan memberi dengan tekunnya kepada pengemis ataupun yang lain jikalau mereka mendapat tahu akan keadaannya?
ini boleh dibandingkan dengan sokongan pasukan bola singapura dimana sokongan kuat hanya akan diberi pabila kemenangan boleh dibau tetapi tidak diendarkan langsung pabila kecermelangan prestasi tidak dirasai terus. (dengan kesebenarannya, jikalau boleh saya sungguh berharap bahawasanya pasukan singa(meow!) terkeluar dari pertandingan pada hari semalam, tetapi itu adalah cerita lain)
komentar terhadap "merangkul segala peluang untuk mendapat perhatian", jikalau diimbas kembali hanya ditujukkan kepada pihak media, terutama sekali kepada rangkaian cna. ini tidak dimaksudkan kepada ahli professional yang lain seperti doktor, jurutera, pakar kaji cuaca, militri dan sukarelawan. pada mulanya, saya berasa musykil mengapa bantuan hanya diberi kepada phuket, sri lanka dan maldives. pada anggaran saya, mungkin kerana tempat-tempat begini mempunyai ramai mangsa yang berketurunan dari barat dan perhatian harus diberi dengan eksklusifnya, malahan rantau yang paling teruk terjejas tidak mempunyai banyak kesinambungan. ini mungkin kerana
a) rantau di indonesia tidak mempunyai rangkaian kaitan luar negara jadi disebabkan itu susah untuk menjejaki kepakaran untuk membuat analisa dan informasi ataupun, harapkan tidak
b) rantau itu tidak mempunyai daya tarikan yang menarik untuk membuatkan rencana yang boleh mendapatkan perhatian ramai oleh kerana ia tidak disuspek mempunyai ramai orang barat.
tetapi mujurlah, bantuan telah tiba, walaupun hanya sedikit.
apa yang membuatkan saya berasa sikap membidasi cna ialah keperluan tagline mereka, 'most watched news even compared with cable tv'. apakah implikasi mereka? adakah penyampaian berita mereka lebih eksklusif dari yang lain? adakah itu sebahagian dari taktik mereka untuk mendapatkan lebih penonton? di masa yang hening ini, adakah logikal untuk cna memadamkan tagline seperti begitu dan hilangkan rasa kompetisinya dengan rangkaian yang lain?
dan yang akhirnya apakah kesebenarannya langkah mengadakan operasi 'a minute's silence'? sebelum diulaskan, siapakah yang memulakan acara begini? pada tahun lalu pabila seorang wartawan britain telah dibunuh oleh tentera gerilla iraq, kesemua perlawanan bolasepak inggeris telah mengadakan acara "minute's" untuk memberi tanda kehormatan kepada mantan wartawan tersebut. dan disinilah dimana sesetengah orang memberi keterangan, adakah wajib untuk memberi acara begini hanya dengan alasan untuk memberi kehormatan kepadanya? adakah ini bermakna setiap trajedi yang menimpa, kesemua orang dinasihatkan untuk berdiam seminit? mereka memberi alasan, apakah kebaikkannya untuk berbuat demikian dengan pengetahuan mereka yang mereka datang untuk bergembira dan tidak bertempatan untuk berbuat demikian. dan adakah ini hanya dibuat untuk memberi 'kehormatan cermin dan menepuk tangan di badan sendiri' dan meningkatkan martabat kaum jelata? jikalau benar ada yang pulang setelah berdiam untuk seminit kerana terasa terharu, mengapa mereka hadiri dalam tapak pertamanya?
manusia tidaklah sempurna, dan saya mengakui. percakapan hipokrit saya boleh mendatangkan imbasan yang tidak sihat untuk saya pada satu hari, tetapi bayangkanlah setiap peristiwa yang dijalankan pasti ada implikasi dan instigasi yang lain. mungkin saya suka melihat perkara secara perspektif yang lain. ataupun mungkin cuma bosan.
ok, cabut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment