11.1.05

24 no more

semalam, saya berasa sungguh sedih sekali. hati saya diselimut dengan keadaan pasrah dan diselaputi dengan keheningan dan kesyahduan. pagi berikutnya, badan berasa lesu dan kefungsian organ-organ yang lain seperti tidak berfungsi dengan normal nya. makan tidak kenyang, mandi tidak basah, tidur tidak lena.

saya berpatah hati kerana semalam adalah episod terakhir rancangan kegemaran saya, 24.


"agen jack bauer, jangan tinggalkan daku!"

betapa peritnya, sekarang saya tidak dapat menahan satu jam yang sungguh mengasyikan duduk dihadapan kesinaran tv pada larut malam isnin. tetapi, saya berhasrat, mungkin, oh mungkin, mediacork akan mengambil musim ke-4 rancangan kegemaran saya itu. ataupun mungkin tidak, seperti apa yang telah dilakukan oleh bbc untuk tidak meneruskan drama ini di britain.

tetapi, untuk menghaluskan keperitan ini, nasib baik ada juga rancangan di tv yang membolehkan saya berasa selesa.

pertama, yang disiarkan pada malam isnin dinihari, disiarkan arrested development, sebuah lagi rencana yang diterbitkan oleh rangkaian nbc. woopee! tetapi alangkah sedihnya, rancangan hanya berjalan untuk setengah jam sahaja. boo!

kedua, dan yang paling ditunggu-tunggu oleh saya, ialah rancangan curb your enthusiasm (terbitan hbo) yang disiarkan di arts central 9.30pm tiap hari selasa. ia dipepolori oleh larry david, bekas penerbit sitkom seinfeld.


yeay!

ok dah tu ajer.

ataupun saya boleh menunggu untuk 6 bulan lagi hingga ketibaan musim ke-4 24. :<