berita terkini.
doktor doktor di merata singapura telah mengesahkan bahawasanya mereka menerima ramai pesakit baru pada hari ini yang bermasalah ketegangan jari. ramai diantara pesakit ini telah menghidapi sindrom jariansms. para doktor sedang bersusah payah untuk melanggani penderitaan pesakit masing masing, dan masih sedang mengimbas kembali apakah penyebab yang mengakibatkan krisis kesihatan yang baru ini.
"pada masa ini, kita tidak boleh mengulas tentang berapa banyak pesakit yang menghidapi sindrom jariansms. pesakit mengadu bahawa ramai dari mereka telah menghidapi penyakit ini sekitar pukul 8.30 hingga 10.30 pada malam semalam. ini telah dipastikan dengan keadaan telefon bimbit mereka yang telah ranap dipicit." ulas dr starhubib emone singhtel.
pada masa yang sama, para pesakit ini, yang kebilangannya mungkin menjangkau 2.5 juta mangsa, telah diarahkan oleh pemerintah supaya dikuarintin agar penyakit ini tidak akan merebak kepada yang lain.
kami di rangkaian berita hairan telah menemui satu mangsa di sebuah hospital pagi tadi.
beliau, yang hanya mahu dikenali sebagai saudari idolah steadyah, telah dimasukki ke rawatan khas kerana mengalami sindrom yang paling teruk sejak diawasi.
"saya seperti macam kena sampuk. jari saya tidak terhenti-henti memicit butang telefon bimbit saya. seperti sudah dipukau oleh alam ghaib yang tiada kenal ertinya. saya cuba berhenti, tetapi diatas keprihatinan menonton tv dan iklan yang tiada henti, saya seperti telah dipukau untuk berbuat demikian. mungkin saya telah jariansms sebanyak 68 kali dalam masa 1 jam." mengeluh saudari idolah.
buat masa kini, pihak pemerintah tidak mempunyai butir untuk menangguni beban krisis kesihatan yang terbaru ini. mereka sedang menyiasat tentang fenomena ini dan penerbit rancangan yang telah memukau penonton akan disoal siat untuk diberi keterangan lanjut.
pihak pemerintah juga telah memastikan bahawa krisis kesihatan ini tidak akan berpanjangan kerana mereka telah memastikan bahawa perkara ini akan reda dalam satu hari sahaja.
"seperti demam panas, simptom nye adalah sama. demam ini datang dengan secara mendadak, tetapi selepas tiada input dari udara luar ia akan mereda dan orang tidak akan ingat lagi apakah yang membuat mereka berasa begitu. barangkali ia akan datang lagi pada musim hadapan, tetapi pihak pemerintah akan bertanggup jawab jikalau situasi bergini akan wujud lagi." ulas menteri angkat menteri, encik long dick.
sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment