29.11.04

"bukan 10! bukan 20! tapi 80 kilogram!"

sekali lagi, datang keje tapi takde orang. keje saya masih menimbun, tetapi jikalau telah ditabalkan sebagai mat tak bleh diharap, saya dengan lenangnya sekarang ngah duduk atas meja duduk bersila mendengar keronchong.

pasal saya dah bleh agak orang tak datang keje ni hari, saya pun bawak lah satu vcd yang bersepah kat roma saya tuh.

citer apa you tanya? oh itu citer buli lor. citer ni padahal dah lama keluar, tapi pasal ni mat slalu eksen buat tak endar pasal filem melayu (eksen kool lah gitu yea), ia tidak diendarkan trus. lantas pabila ngah beraya ni adalah bapak saya tunjukkan ni citer. ada angkatan dari tasmania pun ada bebol yang citer ni klakar giler. jadi saya pun cuba lor.

i tell you, ini citer sungguh dasyat. dasyat murtabat sang laknat ketawa bleh melekat lepas tu tersekat macam demam gamat.

dia nye punya dialog, masyallah, boleh buatkan cengkerik buat rempeyek. macam mana sak deorang bleh tumbuhkan idea produk antivirus Kasi Lu Punya Komputer Bersih 1.0 edaran syarikat michael soft? lepas tuh inspirasi labelkan geng perompak yang dinamakan serbuk pencuci berjenama kerana tidak meninggalkan bekas?

tapi yang the all-time klasik haruslah diberikan kepada iklan ini.



waduh dong! selain daripada iklan 'tongkat ali' yang dipersembahkan oleh kumpulan santan belada (imuda and co.), saya berpendapat hanya ini sahaja yang boleh ditabalkan sebagai 'best'. ah kalu nak tengok tu iklan, klik ah disini.

yang bagusnyer, dia nye humor tidak mempunyai daya slapstik yang meluat yang slalu ditonjolkan oleh senario (eeeee, i meluat tengok rancangan tu you).

all in all, i suka skali!

let's gone!

No comments: