6.10.04

yeay! nak kat raya!

ada satu pepatah owang putih yang berpesan "be a step ahead".

pepatah ini ingin bermaksud kepada semua supaya sentiasa berada setapak hadapan daripada yang lain. ini untuk membuat seseorang tidak leka dan selalu berkompetisasi dengan yang lain, lebih lebih lagi di dalam zaman globalisasi ini.

saya di kampungdusun, ingin menukar pepatah itu, dengan irama 'kiasuism', kepada "be many, many steps ahead".

saya mendapat inspirasi ini setelah menonton berita semalam yang melaporkan sekumpulan anggota eksko perayaan hari kebangsaan telah membentangkan rancangan mereka. mereka telah memberitahu pihak pemberita mereka telah melatarkan idea menerbitkan satu buku yang menonjolkan gambar gambar tentang kehidupan di singapura. ini semua telah ditafsirkan sempena kesambutan hari kebangsaan yang ke-40.....pada tahun depan.

jadi, jikalau pihak eksko hari kebangsaan sudah melatarkan perancangannya sekarang, apa salahnyakan jikalau saya sudah bermula menghebohkan ketibaan hari raya!

(yeay!)

ye lah, puasa belom lagi bermula, tapi di dalam zaman dimana rancangan sudah dilaksanakan untuk perayaan tahun depan di khalayak pemberita, tidak salahkan untuk bermula sekarang? iklan-iklan juga telah berkumandang di ruang udara tentang kesambutan raya.

dan sebagai seseorang yang suka jadi 'many, many steps ahead' dalam apa jua hubungan, saya ingin mengisytiarkan perayaan idil fitri dengan mendendangkan lagu raya dari ahmad jais sebelom orang lain bermula masok dalam 'bandwagon'.

kiasu betol ni jembalang.

No comments: