salah satu daripada misteri terbesar dalam rumah saya ini adalah tahap kecantikkan dapur saya. saya musykil kerna walaupun apa segala hasrat untuk mempercantikkan keadaan dapur, ia tetap kelihatan - macam siak.
ini semua adalah gara gara tindakkan ibunda saya yang suka simpan segala khazanah dalam kabinetnyer. tidak kira apa jua, bekas ais krim ke, tupperware ke, pyrex ke dan yang paling janggal blender dan oven sampai tidak terkira.
sering pabila raya akan tiba, saya akan bertungkus lumus membersihkan rumah ini. dan tujuan utama adalah kepastian keadaan dapur ini. walaupun kabinet telah dipasang khas untuk menyimpan ini harta karun, tetapi kesebenarannya, situasi tidak bertukar langsung. malah keadaan makin buruk oleh kerana ketiadaan ruang. sering dilihat berbagai bagai peralatan dapur bersepar di sana sini. dan inilah masanya pabila si anak dan si emak akan bertengkar.
"NI APA NI BENDA NI MASIH NAK SIMPAN!?!" saya berteriak sambil tunjukkan bekas tupperware edisi 12.
"AH KO NI. SEMUA NAK BUANG!" si ibu bersapa.
dan sepergituh lah. muka saya akan menjadi muram, suara saya akan naik tinggi, dan mood saya boleh kalahkan si tanggang.
saya berasa hairanlah mengapa makcik makcik melayu suka sangat simpan banyak barang di dalam kabinet mereka. seperti tiada haluan langsung dalam etika kabinet. dalam pemikiran mereka, "AH, ada ruang, apa lagi, LONGGOK ajer ah ni benda dalam kabinet." ah pasal benda ni bila bukak kabinet nak cari cawan ternampak oven. cawan plak letak tepi ruang lada putih.
pening kan?
haizzzz..camner lah saya nak kemaskan ni dapur. naikkan suara, dia cakap saya kurang ajar, tapi camner eh nak tunjuk ajar? kalau radio warna sering siarkan iklan hamid n sons pakar reka bentuk dapur, saya nak syorkan lah mereka buat seminar kepada makcik2 ni bagaimana hendak mengatur barang barangan mereka.
apa gunanyakan kalau kabinet besar besaran tetapi tidak dimaksimasikan.
sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment