15.10.04

malam kedua

malam kedua - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

fuhlamak.

saya berfikir eh kenapa orang cakap, "selamat berpuasa!". apa, merbahaya sangat ke ni puasa? apa kata lain kali diaorang bersapa, "yok, puasa!".

ironisnya, saya berbelanja lebih banyak dari biasa dalam bulan puasa. entah mengapa, tapi dah lepas buka sahaja, macam macam nak beli. ais krim lah, roti lah, kueh lah, air lah.....macam nak balas dendam nye perasaan.

herankan, orang hilang berat badan masa ramadhan, aku nye berat badan naik mendadak dalam bulan ini.

bih kan lagi satu misteri taman rashidah yang saya tak bleh tangkap ialah apasal eh time nak buka, maccow, makanan macam berlambak (kat rumah saya ni cuma ada tiga orang ajer, tapi makanan, ya rabbi, satu meja tak cukup.) tapi yang paling weak, bila time nak sahur, masyallah, makanan macam takde apa apa. kadang kadang telor asin sama nasi ajer. :<

ni lah theori yang saya tak paham. tu pasal bila time sahur mak kita cakap muka kita ronyok macam kain buruk. kadang kadang nak sahur tengok tuh telor asin, macam tak selera trus. nafsu trus hilang. bih nanti bila dah kat tengahari, perut dah buat orkestra. apa lah nasib...

ok sebelum melalut, harap harap malam ni gi terawih. pasal semalam tak terjadi pasal ada hal tergendala.

jadi sekarang, scoreline terawih saya ialah 0/1.

yeay!

No comments: