30.9.04

diari motosikal



hari ini hari pertama diaorang tayangkan citer 'motorcycle diaries'.

ia mengisahkan seorang jejaka pergi merantau di selatan amerika untuk mencari peribadian sendiri.

agaknyer lah tuh.

abihkan, saya disini pun alih alih ada inspirasi untuk membikin sendiri criter ala motorcycle diaries.

ia mengisahkan seorang jejaka yang cuba lulus lesen motorsikal tapi tak lulus lulus. saya ingin menajukkan filem ini 'diari motosikal: lesen tak jadi'.

cerita dia boleh bermula pada masa jejaka itu mendaftarkan dirinya untuk mengambil lesen di ssdc.

dari situ, jalan cerita dia akan bertukar pabila dia berhijrah dari skolah ssdc ke bbdc kerana telah dipengaruhi oleh member dia dengan alasan bahawa para pelatih disana lebih rilek.

plotnya boleh ditambah dengan adengan adengan cemas pabila jejaka itu mengambil pembelajaran di bbdc. antaranya ialah adengan pabila jejaka itu menjatuhkan motosikal, terjatuh dari motosikal, terlanggar kereta, motosikal terhenti di tengah tengah jalan, kena maki dari pelatih dan malas nak pergi amik lesen pasal jauh sangat.

jalan cerita ni pun boleh diubahsuai untuk menyertakan segala peristiwa yang terjadi selama 4 tahun yang lalu. daripada kekasih pertama dan adengan adengan skandal dia, ke sidik tuh dan kepada yang terkini. tapi ceirta tak akan habis begituh sahaja pasal jejaka tuh masih belom lulus dapat lesen.

eh macam pernah dengar jer citer nih..

No comments: