jikalau korang meneliti, kita sering mengkritik kepada tahap kualiti filem-filem melayu. tetapi, alangkah bahagianya yang kali ini kita ingin mengisytiharkan bahawasanya kita sedang terpinga-pinga menunggu ketibaan filem melayu terbaru terbitan Tiara Jacquelina...
Puteri Gunung Ledang
baru ni kita telah menyaksikan diaorang nye gazette. paling pertama skali yang menarik perhatian kita ialah kualiti keluaran filemnya;permukaan filem adalah lain daripada filem-filem melayu yang telah diterbitkan sebelum ini. kebanyakkan filem-filem melayu yang lalu, termasuk filem-filem arahan si cik aziz m osman yang eksen mau jadi spielberg tiruan, sering menggunakan konsep video (agaknya lah tuh). permukaan filem nampak macam video blue yang tidak di "post edited" langsung. selalu macam ada garis-garis lah, salah edit lah, itu lah ini lah. tengok filem yang begini boleh membuatkan kita frust pasal selalunya penghijrahan dari satu "scene" ke "scene" yang lain macam tidak ada kualiti langsung.
tapi filem ini kita tengok dia nye permukaan filem lebih "bersih" . mungkin mereka menggunakan kaedah filem. dari permukaannya tampak sungguh profesional. kita tengok dia nye gazette jer dah macam terpegun. dalam hati, akhirnya, ada jugak filem melayu yang tampak ada klass.
tidak dinafikan para pelakon yang membintangi filem ini memang yang power2. ada m. nasir, datok rahim razali, christine hakim, sabri yunos, slamet rahardjo, alex komang, tiara jacquelina dan yang paling kita favret skali...SOFEA JANE! dah lama tak nampak dia memperagakan bakatnya di layar perak.
harap harapkanlah filem ini akan mencapai cita-cita memartabatkan filem melayu.
ah, cakap pasal gunung ledang..dah lama dah tak gi sana. mungkin pasal ni benda, nak gi sana balik. macam dah rindu balik kat wak yang ada warung kopi di segamat.
dah tu ajer.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment