6.2.04

"aaahhh! apa tu!??"

bapak gua penggemar kumpul VCD. asik asik tiap tiap minggu mesti ada bahan baru kat rumah. koleksi dia dah boleh buat muzium. ada macam-macam dalam koleksi dia. ada filem hindustan, mtv hindustan, filem indonesia, mtv dangdut, ronggeng, mtv broery marantika, filem klassik, filem jepun dub dalam bahasa melayu/indonesia, filem "blockbuster" melayu dan bermacam-macam lagi lah. mat jual vcd kat bawah blok tu kalau tengok bapak gua nye koleksi pun mesti terpegun. pasal dah BANYAK sangat.

jadi pada satu hari tu gua pun gatal lah pasal dah bosan tengok tv. selit nye selit skali ternampak ni vcd. tajuknya ialah "Mistik". gua pun baca ah introdusinya. wah. citer "Seram DAN Mendebarkan!" fuh.

"Ah..tu citer seram." bapak gue ulaskan.

gua pun masukkan lah itu citer.

setengah jam kemudian gua pun tutup itu citer.

apasal? pasal citer dia macam sial.

gua tak paham asal citer melayu macam gitu. action ajer bagus. padahal masyallah makin gua tengok makin gua fed up. asal tidak, asik asik terpekik terlolong macam babi sundal baru kena demam burung.

"AAARGGHHH!"

"Eh kau! APASAL NGAN KAU! DAH GILER KE!"

"EH APA DAH KAU! PENAKUT KE!?"

"TAPI AKU NAMPAK DIA DALAM SUNGAI TU!!"

selang 30 saat mesti ada yang terpekik. padahal setting macam biasa ajer. gua fikir balik diaorang nyer buku scrip tu semua diakhiri oleh "!" ke. ataupun para pelakon sumua konon nak berangan lebih kuat diaorang nyer suara lebih bagus ah diaorang nye lakonan.

dalam filem tu ada ni pelakon wanita, konon2 dia jambu ah. tapi dialah yang paling kuat memekik. pasal dialah gua nyaris2 nak cekik kucing gua. pasal tak larat nak dengar suara dia. boleh jadi giler you!

satu lagi yang gua fedup pasal filem2 melayu skarang ni ialah diaorang nye sound effect. dalam latar belakang filem tu slalu macam terdengar suara pompuan tengah ada "orgasm"

"Cik Lemaann..(uh uh ah ah) apa kabar?"

"EH Tipah! (uh ooh ohh ah) Mari sini!"

"Errrr...Roy..(ah uh ah ah ooh) you dah makan?"

entahlah eh..nak dikatakan ada orgasm tu tak boleh cakap. mungkin dia nye sound editing/dubbing tak bagus ah eh. tapi kalau SEMUA filem melayu ada bunyi macam tu, macam kelakar kan.

tapi tak semua filem melayu yang gua tak suka. ada jugak segelintir. dulu gua memang suka tengok citer tu fenomena, ada si ramona rahman. dia nye cinematography dia fuh power. tapi siak, itu dah lebih 12 tahun sak lamanye citer. gua pun suka tengok citer-citer yang dibintangi oleh allahyarham sudirman. oh filem2 isma alif yang dulu2. ah dan citer jins shamsudin dan noorkumalasari (my fave!)

tapi skarang ntah apasal yang kental2 yang lakon. semua nak eksyen glamor ajer. abih nama nak selit selitkan nama kumpulan mereka. nasib baik nama kumpulan bukan Sewel. kalau tak nanti nama dia terpapar kat poster filem jadi Ezad Sewel ataupun Azza Sewel.

gua harap-harapkanlah filem melayu ni adalah kualiti, bukan kuantiti. janganlah asik nak memperagakan stail, nak ikut cara owangputih berlagak. jikalau iran boleh memperagakn filem yang tak banyak remeh temeh, asal plak filem melayu tak boleh buat macam tu?

dan gua berharaplah jangan ada lagi ooh aahh uhhh dalam dialog filem lagi.

dah tu ajer.

No comments: