1. Terawih Bingit
Semalam masa terawih, ada ni abang gila kat belakang kita. Adake patut, ngah sembahyang dia tanya ni budak kat sebelah dia "Eh macam mana nak pergi Geylang? Naik bas boleh?" Alamak darah punyerlah UP, terus fikiran tak khusyuk terus nak sembahyang. Lepas tu dia berbual lagi dan lagi dan lagi. Apa saks? Lepas tu time sembahyang dah habis dan imam ngah baca doa, ada ni pakcik kat tepi dia naik berang terus macam teguh kat dia "OI! APA NI BISING-BISING?!" alamak gua pun mau bilang itu pakcik “Menten ah cik, habis pahala kalau bertegur bila imam ngah berbual, apatah lagi time berdoa."
Tapi gua rilek.
Ada lagi ni satu mat gemuk yang gua slalu nampak time terawih muka dia gua pun mau smack. Bingit kunyit gua tengok. Adake patut time orang dah sembahyang rakaat pertama, member masih duduk rilek-rolek, lepas tu tengok belakang, tengok kiri, tengok kanan, apatah lagi dia nak tengok pun gua tak tahu. Gua rasa gua tahu taktik dia. Dia nye taktik ialah bila time orang nak habis rakaat pertama, baru dia baca niat terus dia sambung rakaat kedua. Jadi macam tu, dia nye tenaga konon2 tak terbuang. Apa saks gua tengok si dini. Padanlah badan gemuk macam badak sumbu. Nasib baik gua bleh menten. Kalau tak gua tendang dia nye bontot kasi dia masuk hospital, kena sambut raya kat hospital orang giler.
Selalu kalau ada orang2 macam ni, dengan cepat2 nyer gua alih tempat. Kalau tak rugi saks tengok ni orang2 nye tabiat. Tak khusyuk langsung. Ni belum termasuk bapak2 yang bawak anak2 diaorang yang masih kecik2 lagi. Mungkin tahun depan diaorang ada bikin ni sangkar untuk letak ni budak2 sementara bapak diaorang ngah sembahyang. Kalau boleh garikan tangan diaorang dan 'duct-tape' diaorang nyer mulut.
2. Manja Geli
Gua belikan mak gua itu majalah Manja pasal a) dia suka baca tu majalah b) ni ada edisi pasal hari raya c) ada sampul duit percuma
Gua pun bacalah itu majalah. Ada ni artikel2 yang diaorang bertemuramah kat artis-artis ni sempena hari raya. Ada ni satu artis wanita tempatan yang gua baca yang ada sikit mengelirukan.
'I macam ni tahun nak buat ni, I macam tu, I macam ni' gua macam mau bilang dia 'You asal kena cakap I?' Bukan salah tapi gua rasa pelik. Ni pendapat gua sahaja. Kita tau awak ni seorang artis, tapi tak payarlah nak eksen2. gua baca lagi pasal dia dan ada ni soalan 'Apakah harapan mu sempena hari raya ini?' artis-artis yang lain sumer cakap 'Harap dapat doa restu, bertambah restu, blah, blah, blah' tapi member ni fuh...."I harap2 ni tahun I will lose weight, jadi I kena makan banyak sayur-sayuran.” Apa sajerlah mambang tu berbual. Orang tanya lain, dia jawab lain. Yang heran macam mana si editor majalah tu boleh serapkan artikel macam tu. Mungkin editor tu pun sama macam dia dan banyak lagi mat2 dan minah2 melayu masa kini – Melayu-eksen-menten-mat-saleh-yang-pentingkan-imej-dari-segala-urusan-lain
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment