9.9.03

"Tamil The Tiger"

bolasepak.

sepanjang hayat gua, itu sukan akan selalu tertera di dalam gua nya jiwa. ntah asal. dari maradona ke malek awab, dari carlos dunga ke sudiat dali, dari marco van basten ke fandi ahmad, dari lothar matheus ke zainal abidin, dari ian wright ke matlan marjan dan hashim mustapha.

gua gemar rangkaian ulasan Piala Malaysia. masa tu, Piala Dunia, Liga Perdana Inggeris ataupun liga-liga mana lagi tidak diberi endar luas oleh gua. menyokong pasukan sendiri lebih memberikan semangat kepada gua.

pada tahun 1990, setelah 9 tahun tidak ke pusingan akhir pasukan singapura akhirnya mendapat peluang untuk menjulangi piala tu. tahun tu final diadakan di stadium merdeka. singapura lawan kedah. (radhi mat din paling power dok) zaman tu abbas saad pakai nombor 25, alaistair edwards pakai nombor 21. wah itu zaman trend bila main bola nak "seluar abbas saad". (ini style pakai sluar "tights" ala bicycle pants). gua rasa pasal ni dua pun, bermulalah tren SPG dikeluarkan.

tapi sayangnyer, dengan baju edisi pertama SIngapore Die-Hard fan, kita kalah jugak. Gua rasa dia nye scoreline 3-1. v sundramoorty jaringkan gol untuk kedah. chet. lepas tu alistair edwards samakan jaringan, masuk gi masa tambahan.

tapi takpe.

musim kemudiannyer, abbas sama aliistair berhijrah ke johor plak. pasal FAS bodoh sangat tak nak naikkan gaji diaorang. jadi diaorang amik warren spink dan craig foster. si alistair pulak bikin kontrovesi dengan melayangkan dia nye jari tengah kat pegawai singapura bila johor lawan singapura. tapi itu tahun johor rangkul piala malaysia DAN liga.

tahun 1992, dengan jersey paling stail UMBRO dan sponsor oleh toyota, singapura mengimport itu Michael Vana. wah sidinni bagus, tapi entah apasal diaorang kena humban ke divisyen dua dengan selangor.

tahun berikutnya, wah si PN Sivaji sajikan itu "Dream Team". camner tak ada Malek Awab, V SUndramoorthy, Fandi, Abbas, Alaistair sama Vana, Kadir Yahya, Allahyarham Borhan, Hasnim Haron dan gua nya favret Saswadimata Dasuki. jersey diaorang tahun tu pun stail. tapi sayangnyer, kalah jugak di pusingan akhir dengan KEDAH lagi. chet. hujan plak tu kat staium merdeka.

tahun 94, pelatih baru Douglas Moore membentangkan The Real Team. sundram tarak, alaistair tarak, hasnim pun tarak. tapi, semangat kental ada. Encik Moore pandai letak pemain-pemain dia dalam posisi yang paling sesuai untuk masing-masing.

GK 1. David Lee
RWB 16. Kadir Yahya
CB 8. Lim Tong Hai / 11. Borhan Abu Samah
CB 4. Jang Jung
LWB 19. Saswadimata Dasuki
RCM 2. V Selvaraj
CM 10. Malek Awab
CM 15. Nazri Nasir
LCM 13. Lee Man Hon
FW 17. Fandi Ahmad
FW 9. Abbas Saad

Pemain simpanan:
22. Rezal Hassan
5. Aide Iskandar
3. Rafi Ali
24. Tamil Marren
14. Steven Tan

ini pasukan akhirnya menjulang Piala Malaysia setelah 14 tahun dengan mengalahkan pahang yang ada zainal abidin (class) dan allan davidson dan dollah salleh (fuh, paling kelasss, tapi allan dan dollah tak main dalam final) 4-0.

tapi sayangnyer tahun 1995, singapura tidak mahu main lagi dalam Piala Malaysia.

(bersambung lagi....)

No comments: