11.9.03

Hari Tak Masuk Akal

hari ini adalah ulang tahun ke-2 peristiwa "9-11". dua tahun dah berlalu, jadi apakah reaksinya?

boleh dikatakan, gua fikir ini hari tak masuk akal. gua bukan extremis tapi jikalau dibandingkan denga peristiwa lain seperti ti Rwanda, Sudan, Bosnia, Chechnya dan lebih banyak negeri di perkarungan DUnia Ketiga, peristiwa 9-11 tidak berbaloi untuk dibandingkan.

tapi mengapa ia diberikan keluasan laporan media?

mungkin pasal ia adalah sebuah peristiwa "glamer". tidak syak lagi lebih dari 3000 mangsa telah dikorbankan. tapi mengapakah peristiwa itu terjadi pada saat mulanya?

sampai sekarang banyak lagi misteri telah dibentangkam. seperti:-

1. macam mana orang boleh rakamkan peristiwa tu pada betul-betul saat benda tu terjadi? cun-cun plak boleh dapat angle yang baik-baik?

2. apa yang telah terjadi kepada kapal terbang nombor 4 yang terjatuh di pekan pensylvannia? apakah jaraknya untuk bertindak?

3. mengapakah segelintir sahaja bagunan pentagon ranap, walaupun impaksinyer sungguh kuat?

selang dua tahun, Encik Dubya, telah melaksanakan dua peperangan untuk menghapuskan "keganasan". hah. apakah kemenangan beliau? dulu dengan sedaya upaya beliau telah melanggar batasan PBB untuk menceburi Iraq, dan sekarang pabila beliau telah ketandusan idea, beliau merayu lepada PBB untuk menolongi mereka. yang gua tak paham, mengapakah negeri-negeri yang lain sanggup memberi penyokongan terhadap Encik Dubya? tidakkah mereka berfikir, mengapa amerika diserang?

dunia tidak akan menjadi aman sekiranya mereka yang mempunyai kuasa yang besar tidak mempunyai daya pemikiran yang tulen.

jikalaulah peristiwa dua tahun yang lalu tidak berlaku, mungkin gua masih bekerja di sebuah syarikat penerbangan terbesar di singapura. haiz...citot buah laici betol..

No comments: