5.9.03

"Channel 5..where it all happens!"

ramai orang mungkin akan berpendapat bahawa gua ni kuat mengkritik. apa nak buat, dari kecik sampai besar, hari hari dengar bapakanda asik asik komplen. jadi hari ini dua nak cocok itu channel 5.

gua tengok rangkaian lima ni banyak membuat rencana yang owang putih cakap "overhyped".

lebih banyak sensasi dari kualiti. antaranya :-

1. brothers 4 - ini criter tak masuk akal. diaorang fikir semua orang pekik-pekik, orang ingatkan kelakar. letak banyak "superstar", orang mungkin tengok tu cerita. padahal gua tengok takde beza pun. semua adengan-adengan yang dilakonkan sungguh "slapstick". yang paling menyampah, diaorang letak ni rancangan di ruang masa perdana. (prime time lah)

2. true files - satu lagi contoh keterlaluan obsessi mereka untuk memperbesar-besarkan kreativiti mereka. ini dokumenteri macam itu crime watch. cuma panjang sikit ajer. heran, padahal mereka nak bikin singapura ni sebagai tanah yang selamat untuk ditinggal, tapi mereka nak memperbesar-besarkan jenayah-jenayah "glamor". (mungkin akan datang mereka akan bikin satu rancangan sidang hukuman jenayah secara siaran langsung).

3. siri-siri drama dan komedi dari amerika yang telah dilapuk zaman seperti star search, friends dan apa-apa lagilah. apasal? pasal dah dilapuk zaman. (eksekutif rangkaian tu ada daya pemikiran 5 tahun yang lalu).

yang paling tak paham, rencana-rencana berkualiti di rangkaian lima seperti Alias dan 24 ditayangkan siak ah pada masa zaman orang berdengkur. ntah apasal. mungkin anak-anak eksekutif tu tak suka tengok jennifer gardner dan kiefer sutherland cuba selamatkan mangsa-mangsa mereka.

tapi bila time emmy's ataupun golden globes datang, wah, mereka akan letak promosi besar-besaran yang mereka ni tayangkan rencana tersebut. home of the emmys/golden globes/oscars/apa-apa lagi lah per.

inilah apa yang sedang berlarutan skarang. hanya yang telah dipopulari oleh ramai, baru pengakuang akan diberi, walaupun telah dilapuk zaman. rancangan-rancangan yang belum masyhur lagi tapi bagus tidak diberi endah langsung. (tapi bila criter tu menang apa-apa anugerah, wah baru diaorang start heboh-hebohkan dia). minda diaorang hanya ditumpukan kepada popularity (dan duit) dan bukan kualiti.

haiz, bilalah perkara ini akan bertahan lagi. gua harap satu hari gua bangun dan boleh menyaksikan ramai orang yang tidak akan dipengaruhi oleh "concept advertisement and marketing". cubalah buka daya pemikiran, dan cuba meresapi segala perkara-perkara yang baru, tidak kira dari segi filem, musik, artis, atau politik.

No comments: