'Our priority must be to save jobs for our people,'
- Mr Goh said in a televised speech in Parliament on Thursday after announcingthe most drastic changes ever made to the CPF.
wahai perdana menteri goh,
apakah kesebenarannya tentang ucapan itu? adakah ia untuk membentuk kekentalan semangat berpadu untuk kesemua pekerja Singapura? bolehkah pekerja Singapura hidup tanpa rasa ketakutan diberhentikan pekerjaan? mungkinkah pekerjaan yang ada akan diberikan kepada rakyat asing? adakah memotong simpanan rakyat diwajibkan? apakah dasar-dasar yang telah dilakukan untuk pemerintah buat untuk para pekerja sivilnya, yang termasuk para cikgu dan mat polis?
pemerintah mempunyai golongan pekerja yang paling banyak sekali di negara ini. dari para cikgu ke para menteri, dari para askar ke para polis. dan pemotongan CPF ini, semestinya, akan menguntungkan mereka kerana jumlah yang akan dijimat dari CPF tersebut. tapi, tidak seperti SIA, DBS dan SingTel, pemerintah tidak terus memberi ulasan tentang berapakah yang mereka akan berjimat tiap tahun.
ini yang membuatkan gua fedup. pasal pabila kalangan pekerja yang bekerja di bawah naungan privatisasi, para anggota sivil senang hidup senang wenang. (agaknyalah tu) ini terdiri daripada si mat/minah cikgu, polis, askar, CD dan sebagainya.
jadi, mengapa gua merungut?
pasal satu cikgu kat sekolah gua baru beli kereta pasal dapat wang pinjaman dari menteri pendidikan. nak kirakan 80 peratus cikgu-cikgu baru kat sekolah ni semua bekereta pasal diberi wang pinjaman. masa ngah susah, bleh ada chan beli kereta. yang kelakarnya, inilah harapan negara untuk mempelajari jiwa-jiwa yang akan datang. haiz..

No comments:
Post a Comment