hello. berkembali.
Jadi apa yang telah berlaku pada hujung minggu?
gua gi itu ikea ngan maam. serang itu tempat pasal ada sale. :> boleh gila u bila ke sana!
gua masih nampak ramai orang masih lagi merungut. tapi, seperti biasa, gua, menonton implikasi kesosialan rakyat sejahtera.
gua tengok dalam laporan berita pada beberapa hari ini adalah tentang isteri Hambali yang disifatkan seorang yang membuat banyak cadangan untuk operasinya. fuh. macam-macam ye? dengan sungguh cepat explorasi tentang hidup beliau. tapi pada saat ini, pernahkah kita dengar satu ulasan dari orangnya sendiri? jikalau tidak, bagaimana kita rakyat biasa boleh merujuk jikalau ia benar ataupun tidak? gua harap-harapkan perkara berikut ini tidak akan membuat ramai penuntut-penuntut ataupun ahli agama diteliti dengan sungguh teliti.
tapi dengar desas-desus skarang ramai pegawai-pegawai telah dikerahkan ke banyak tempat pengajian ugama di merata pulau ini. berdoalah, tiada apa lain akan disensasikan.
merujuk balik kepada rakyat singapura, ada beberapa artikel yang menarik yang diterbitkan di suratkhabar pada hari ini. salah satu dari laporannya yang diterbitkan di The New Paper mengisahkan keresahan rakyat umum. ramai yang berkomen dengan resah hati betapa hampanya mereka terhadap pemerintah yang membuat keputusan tanpa mengikut simpati kepada mereka. berikut adalah dua dari ulasan mereka:
"It used to be you can't do anything until the Government says you can. Now it's you can do anything until the Government says no. Which one is better? You mean you want me to take the risk and do something, then the Government tells me that I cannot do it, and waste my effort? No way."
- A man in his 50s who declined to be named
"I really would not know. I don't even know what is allowed and disallowed in Singapore now. And what are the things the Government says cannot be allowed now?"
- Ms Shirley Pang, 21, student
cuba fikirkan betul-betul apakah reaksi mereka. mungkin lu pun ada reaksi sama. gua dah tinggal di tanah ini untuk 25 tahun. dan dari masa yang boleh dikatakan singkat itu, gua memperolehi inspirasi bahawasanya, kita, rakyat negara ini, sedang hidup di bawah illusi sebuah bilik darjah yang besar. semua telah diuruskan tanpa pengetahuan kita. cikgu darjah hanya akan ada kata akhir dalam segala urusan harian. mereka hanya akan memberi pertolongan exklusif untuk mereka yang boleh mengikut kata mereka. bagi yang lain, yang ingin membantah atau tidak boleh mengikut peredaran mereka akan dibiarkan begitu sahaja tanpa diberi perhatian. alasannya? kerana golongan ini konon-kononnya tidak boleh "dimajukan" ataupun "diharapkan".
ramai rakyat singapura boleh dikatakan berfikiran "passive". mereka telah dibesarkan dalam ilmu untuk menahan segala yang diberikan. suka ataupun tidak, mereka terpaksa terima. tapi ini semua bukan kesalahan mereka semata-mata. mengapa? kerana pemerintah tidak akan memberi laluan ataupun tidak diiktirafkan kesemuanya. selang berzaman, mereka terpaksa berdiam. bilakah akan ini berubah?
satu lagi laporan telah diterbitkan juga pada hari ini di dalam Berita Minggu. ada satu pra-kata yang sungguh membuatkan gua rasa geram dan bersetuju apa pandangan wartawan itu.
Tetapi apa yang kurang diterangkan ialah kos hidup di Singapura juga adalah berkali ganda lebih tinggi daripada di China dan India.
mengapakah keuuntungan sahaja yang difikirkan? jikalau benar GST akan dinaikkan, apakah implikasi untuk rakyat umum?
jikalau lu semua memberi perhatian, isu-isu yang dibebani oleh orang ramai hanya akan diberi ulasan sehebat-hebatnya pabila musim undian. jadi kita tunggulah apa mereka akan ulaskan pada tahun 2007.
oh yea. Perdana Menteri telah dilaporkan boleh memerintah dan menjahit. wow. mungkin satu hari beliau akan merekomendasikan sebuah sekolah khas untuk menjahit.
dan itu adalah akhir kata beliau.
tamat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment