itu satu ulasan dari gua nya member nye pompuan. gua masih beridiri tegak tengok nitin ngah membuat musik. tengok yang lain semua macam bergerak-gerak macam ada api kat bawah tanah.
gua heran.
asal kena joget-joget? lagu yang dimainkan tu semua lagu lounging, bukan lagu tripping.
jadi apa gua buat? diri jer lah, dan meyerapkan lagunya.
gua fikir 75 peratus mat-mat dan minah-minah yang menghadiri itu WOMAD akan terpikir, "Apa saks tu lagu?!". Apakah tidak, member gua nya pompuan sendiri bertegur, "I kalau dengar ni musik, bleh jadi pening!"
mengapa?
pasal ramai lagi mat dan minah masih dibelungi oleh demam Ria dan Perfect 10. hanya lagu yang diselabungi di ruang udara yang akan degemari. gua fikir, jikalau ini WOMAD tidak diberi perhatian luas oleh pihak media, dan walaupun masuk percuma, ramai ini golongan mat dan minah akan keluar dari itu fort canning ngan berteriak, "Siak ah, apa saks itu musik!?"
jadi, apakah akhir katanya?
musik harus difahami. ia bukanlah untuk diberi tanggapan bahawa ini adalah pasarana dimana "cool" mesti dialami. lebarkan daya pemikiran dan resapkan segala pembangunan arena musik yang terkini. apa yang mungkin lu orang fikir merepek skarang, akan menjadi bahan hangatan 5 tahun akan datang. (mungkin 8 tahun yang lalu ramai yang terfikir, "siak ah apa ni musik drum and bass/breakbeat/acidjazz/lounge/nu-soul/rockbeat/hiphop/dan apa-apa lagi yang belum diberi ulasan besar-besaran di Perfect 10".
pada mereka yang mengulaskan, "apakah si nitin tu ngah main?!" ataupun "merepek nyer!", gua ingin mengimbas kembali...kasihan kamu orang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment