27.7.03

Jadi apa dia?

gua suka gi melawat blog blog lain bila gua boring. macam macam stail yang ada. ada yang kelakar, ada yang bleh menguatkan situasi keedaran otak, ada yang membolehkan gua menerajui ke dalam dunia ahli doktor, dan ada yang membolehkan gua tengok gambar lawa-lawa.

Jadi apa dia?

gua slalu tengok diaorang nye blog, ada ni seksyen yang slalu mencuitkan hati, dan kadang-kadang membuatkan gua rasa "geli".

"HELLO!!! WAH SO NICE!!!"

"HELLO!!!! SO PWEETYYY!!!"

"THAT WAS BEAUTIFUL!!!!"

"IM SORRY TO HEAR THAT -SOBS-"

jadi APA dia?

gua hidup dalam dunia yang segalanya diubahsuai jadi Kebetulan Politik, ataupun dalam bahasa owangputih, "Politically Incorrect." segala-galanya dicakap dengan teliti. tak boleh disalah anggap, jikalau yea, habis dibuai oleh Sistem Masyarakat.

sebenarnya, gua tidak kisah ni semua. apa orang lain nak buat, dia nya kisah, bukan gua. tapi untuk melihat situasi dimana SEMUA lapisan orang mempamerkan Kebetulan Politik Numero Uno, ni dah bleh buatkan gua bersesak nafas. tercekik kadang-kadang. mungkin ini adalah gara-gara globlasisasisiassis (ah sudah, malas gua nak eksyen cakap bahasa melayu tulen) GLOBALISATION.

jadi, jikalau anda mahu apa apa komen, tulislah komen-komen yang berpatutan. jikalau nak kritik, kritik. lagi bagus. jangan hidup di belakang sandaran ilusi kebaikkan.

HIDUP!

No comments: