gua memang suka musik. sembarang muzik. asalkan muzik tu tak melalut banyak sangat kat curang radio. orang pening tengok pendapat gua bila gua cakap tentang kegemaran gua kat musik.
"EH DOK! GEREK SAKS NI LAGU!! HIP TO THE HOP!!! POWERRRRRRRRRRRRRRR!!"
tu perbualan salah satu dari member gua (ataupun sebarang "full (fool) - blooded-malay-mat). Nota: mat tetap mat. tak kira dari university, sekolah rendah, kilang sembarang. kalo dah mat, mat jugak. cuma yang bezakan ialah isi kandungan ego dia dan cara ia mengasingkan dari pelusuk Geng Mat Biasa-Majority.
jadi, kembali ke member gua yang dengar itu lagu dari si mama hitam yang namanyer 50 sen.
"POWERRRRRRR!!!!" dia teriak lagi.
gua tak paham. gua tengok si mat hitam kat poster tu nama dia 50 posen. gua fikir balik ni semua orang tergila-gilakan si dini pasal nama dia ke ataupun musik dia. mari kita imbas.
1) satu benda gua terfikir, ialah, gua tak bleh terfikir langsung apa akan jadi kalo ada jejaka melayu yang akan diri atas itu pentas dan teriak, "NAMAKU 50SEN!!!!" isyk. gua pikir kalo ada artis yang benar-benar ada sebelum tu, macam mana ntah dia hidup ngan kalangan members dia. kena lebel Mat 50 sen. tak glamor langsung.
tapi tu yang buat pikir. asal si mat hitam ni orang bleh tergila-gilakan dia walaupun nama dia cam tu? abih apa beza dia kalo Mat-brudder-kolong-blok dari dulu panggil diri dia 50 sen? ni dah jadi kes prejudis ni.
2) gua terdengar muzik dia, gua tahu asal Mat Biasa tergilakan sangat. ni gua dalam theori lebelkan sebagai Muzik Gesel Pantat Pompuan Dari Belakang. 10 tahun dah berlalu, ahli politik dah tukar, 3 perang dah berlalu, pindah rumah 3 kali, gua tengok sama jugak. Ni muzik buat duit, pasal semua kena jeratan seks. dari bobby brown ke ll cool j, dari sir-mix-alot ke jay-z. semua perwatakan sama. banyak pompuan nak kat bogel. artis act terror dan bermacam-macam lagi. jadi gua pikirkan, apa bezanyer si Mat Hitam 50 sen ni berbanding ngan yang lain? semua sajer. gua cuba jugak ah dengar lirik dia. hmph. tak banyak beza pun.
jadi apa yang bagus sangat?
tapi seperti semua benda yang terbina di dunia ini, ada jugak artist gua suka dari golongan ni. gua suka dengar a tribe called quest, the roots, the neptunes, lovage, tupac, beastie boys, arrested development, witness dan common. gua heran asal orang banyak tak sukakan. ataupun lebih pelik seperti satu member gua cakap "Siapa saks tu????" gua dalam minda kebanyakkan masyarakat ada inspirasi yang buatkan diaorang "kalau tak pernah dipublisiti, maka tak bagus." tu yang buatkan gua frust.
lagi satu benda. asal humpack oak nyer website dah tarak lagi?????!!!! gua ingin nak gi lepas tu dia direct gua kat sini. padahal URL dia sama. citot buah laici tul.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment